Penjara Johor Bahru
Penjara Johor Bahru

Penjara Johor Bahru

Penjara Johor Bahru, yang ditempatkan di ibu kota negeri Johor, Malaysia dahulunya dikenali sebagai "Kota Jail". Ia merupakan penjara yang ketiga tertua di Malaysia, selepas Penjara Pulau Pinang dan Penjara Taiping, Perak. Penjara ini telah dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Illham Almarhum Sultan Abu Bakar ibni Almarhum Daeng Ibrahim pada tahun 1883 untuk menahan para penjenayah di dalam negeri, dan juga mereka yang menentang kerajaan penjajah Britain. Penjara ini terletak di atas sebidang tanah seluas 1.8 hektar di kawasan bandaraya, dan dilingkungi oleh tiga batang jalanraya, iaitu Jalan Ayer Molek, Jalan Gertak Merah dan Jalan Khalid Abdullah. Pada 30hb Ogos 2005, penjara ini telah dipindah ke bandar Kluang di Johor Tengah, disebabkan kekurangan ruang yang amat pesat. Dengan pemindahan penjara ini, habislah suatu riwayat yang kekal selama 122 tahun.